Wangian lelaki
Disunatkan
lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya
kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
أربع
من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح
Maksudnya:
Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian
3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)
حبب
إلي من دنياكم النساء والطيب وجعلت قرة عين في الصلاة
Maksudnya:
“Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2.
wangian 3. rasa seronok dalam solat.” (Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis
hasan)
Wangian
lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya.
Nabi s.a.w bersabda:
طيب
الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه وطيب النساء ما خفي ريحه وظهر لونه
Maksudnya:
wangian lelaki apa yang jelas baunnya dan tersembunyi warnanya dan wangian
perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. (hr Tirmizi dan
Ahmad- hasan)
Wangian wanita
Diluar
rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang
baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang
lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki
yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:
أيما
إمرأة استعطرت فمرت بقوم ليجدوا ريحها فهي زانية
Maksudnya:
Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia
supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa
zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)
Bukanlah
wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi
yang dilarang adalah yang sehinggu dihidu oleh orang sekilingnya. Janganlah
wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok
kepada sekitarnya.
Wangian
Rasulullah
Rasulullah
adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian
ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan :
ما شممت
عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول الله
Maksudnya:
“Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang
lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.” (Hadis sahih Bukhari Muslim)
Walaupun
begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud –
sanad hasan).
Makruh
menolak pemberian wangian
Jika
seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat
dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak
menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:
من
عرض عليه ريحان فلا يرده
Nabi
s.a.w bersabda: “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (Hr
Muslim)
Rujukan: Mausuah Feqhiah
oleh kementerian agama Kuwait, Ittihaf Ahlil Wafa oleh Abdur Qadir at-Talidi,
Tuhfatul Ahwazi oleh al- Muabarakfuri, musnad Imam Ahmad dan Feqhul Albisah waz
Zinah oleh Abdul Wahhab.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar