PESAN GURU SEKUMPUL

PESAN GURU SEKUMPUL
Setiap manusia mempunyai salah dan setiap kesalahan perlu di perbaiki untuk menutupi kesalahan

Selasa, 29 Mei 2012

8 Sebab Suami Benci Tapi Sayang



8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai.. ada masa2 tertentu mungkin juga kerana sifat suami & anak anak. keadaan sekeliling yg membuatkan kita mempunyai salah satu atau lebih dalam ciri2 8C ini.
[C1] CABAR - Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata.. ;)

[C2] CABUL - Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yg bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & tutur kata2 isteri yg tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mempamerkan aurat pada umum.. mengeluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…dan bla bla bla..

[C3] CELUPAR - Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yg tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati..

[C4] COMOT - Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pula nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi tempat kerja bukan main make up, kat rumah tak pun..

[C5] CEMBURU - Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Memanglah cemburu itu tandanya sayang.. Tapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 telefon suami kat tempat kerja. Suami baru je balik kerja dah disoal macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2..

[C6] CEREWET - Kata para ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje... Restoran nak ada aircond je...

[C7] CINCAI - Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai,layan suami pun cincai, jaga anak cincai.. Suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi isteri dok lepak depan tv lagi…

[C8] CUAI - Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan si isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas, itu ini... Ia akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

Salam Ukhwah...


Tidak ada komentar:

Posting Komentar