·
Jika mencari lelaki sebagai calon suami, wanita
jangan sampai lupa diri. Jika lelaki itu seorang yang beragama, jangan jadikan
agama semata-mata sebagai prasyarat sebaliknya ia harus saling melengkapi
dengan hal lain supaya fungsi sebenar sebagai suami mencapai matlamatnya.
·
Kaji latar belakang bakal suami dengan cara
mengenal pasti tempat kerja dan pendapatan untuk mendapatkan fakta tepat.
·
Jangan terlalu ‘mabuk’ hingga lupa mengkaji
latar belakangnya sehingga terbongkar perkara yang tidak elok di kemudian hari.
·
Jika ada jiwa agama, lelaki itu tidak akan
mengabaikan kedudukan isterinya atau isteri pertama, kedua atau ketiganya.
·
Kalau lelaki itu berstatus suami orang, jika
benar dirinya jujur mungkin dia akan memperkenalkan anda kepada isteri
pertamanya atau sebaliknya.
·
Jika ada banyak kelemahan dan keburukan pada
isteri pertama sebagaimana yang diceritakan oleh lelaki berkenaan, wanita harus
mengambil sikap berhati-hati.
·
Jangan sesekali diajak kahwin lari sama ada ke
Thailand, Indonesia atau negara jiran lain. Jika lelaki itu jujur, dia akan
perkenalkan anda pada keluarga masing-masing.
·
Jika anda wanita yang berharta, sebaik sahaja
berkahwin jangan ‘diserah’ segala harta semata-mata mahu menunjukkan yang anda
terlalu sayang padanya.
·
Pastikan lelaki itu tidak menggunakan ‘ubat
guna-guna’ kerana cinta yang tidak ikhlas akan menemui kehancuran.
Petua Anak Pintar Dan Bijak
“Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita
merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad
membentuk masa depan anak”
Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi
“All children are born geniuses, and we spend the first six years of
their lives degeniusing them”
R. Buckminster Fuller
Petua atau tip untuk ibu bapa
·
Sebaik
kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah
adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala
surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
·
Selepas
bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan
dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
·
Waktu
ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit,
dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan
nasihat.
·
Doakan
kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
Rahsia
pemakanan ilmuwan Islam
1.
Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf
ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati
penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir,
membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan
sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
2.
Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah
bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab
memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga
kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula
kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak
21 biji setiap hari.
3.
Susu
segar - Susu berguna untuk kesihatan otak,
mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi
tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk
pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu
kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi
dan malam.
4.
Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga
kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang
lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang
masih baru.
5.
Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah
atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada
waktu pagi.
6.
Buah Delima – Mujarab
untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW:“Sesiapa yang memakan buah
delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Petikan daripada Berita Harian.
Di mana
syurgaku di sisimu wahai isteriku?
Perkahwinan
adalah merupakan suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah insani yang
tersedia semenjak manusia diciptakan. Perkahwinan juga merupakan satu jalan
bagi mencapai kedamaian dan ketenangan jiwa dalam usaha menagih keredhaan Allah
SWT sebagai pelengkap kesempurnaan hidup insan yang berjaya di dunia dan
akhirat. Allah SWT memerintahkan dan menggalakkan hamba-hamba-Nya untuk
berkahwin sebagaimana firman-Nya:
“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan
kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika
mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah
kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi
Maha Mengetahui” (Surah An-Nur 24:32)
Jaminan kekayaan yang dianugerahi Allah SWT ini bukanlah
semata-mata dalam konteks wang ringgit dan harta-benda, tetapi kekayaan diri
yang dimaksudkan ialah merasakan diri cukup dengan nikmat-nikmat Allah SWT yang
seterusnya dapat mendekatkan kita dengan keredhaan-Nya.
Tanyalah setiap pasangan yang telah berkahwin, pasti mereka
merasai nikmat Allah SWT itu meliputi mereka kerana isteri itu adalah anugerah
Allah SWT. Dan kekayaan melalui nikmat itulah yang Allah SWT rakamkan dalam
Firman-Nya:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum
yang berpikir.” (Surah al-Rum 30:21)
Hakikatnya Allah SWT menjadikan isteri itu sebagai pasangan buat
lelaki adalah merupakan anugerah dan bukannya hak milik. Seseorang hanya akan
merasa kaya apabila dia merasakan dirinya mendapat anugerah yang istimewa
daripada Allah SWT. Dan rasa kekayaan itulah yang dirasai apabila isteri itu
dilihat sebagai anugerah Yang Maha Esa. Namun, sebaliknya jika kita merasakan
isteri itu hak milik, maka kita tidak pernah akan merasa cukup dengan pemilikan
itu, dan sentiasa merasa gelisah serta berwaspada akan kehilangannya.
Disebalik anugerah Allah SWT itulah kita akan mendapatkan syurga.
Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan kita melalui hadis-hadis yang terakam
melalui riwayat yang pelbagai bahawa terlalu banyak kebaikan yang Allah SWT
ganjarkan kepada mereka yang berkahwin. Antaranya terdapat hadis yang
menyebutkan bahawa Rasulullah SAW telah mengiktiraf perkahwinan ini dengan
sempurnanya separuh daripada agama, maka sebahagiannya lagi disuruh kita supaya
bertakwa.
Mengapa begitu besar ganjaran Allah SWT disebalik anugerah itu
yang sudah pastinya bukan sekadar mengkayakan kita di dunia, malah menambah
saham akhirat dengan berlipat kali ganda? Jika ditanyakan pasangan yang telah
berkahwin, sudah pasti mereka akan katakan, terlalu banyak peluang membuat
kebaikan kepada isteri dan anak-anak yang seterusnya menjanjikan syurga.
Sering seorang lelaki yang juga merupakan suami merasakan bahawa
dialah ketua dan dialah yang paling tinggi kedudukannya di dalam keluarga.
Sehingga seorang isteri itu perlu taat kepadanya. Kenyataan bahawa “syurga
isteri itu bergantung pada redha suami” menjadikan suami kadangkala lupa
bertanya diri di mana pula syurganya?
Pernahkah suami bertanya di mana syurganya di dalam rumah tangga?
Sungguh, Allah SWT itu Maha Adil. Dia tidak menjadikan wanita itu
sebagai kaum lemah yang mana kedudukannya di akhirat bergantung pada redha
suami hanya untuk didominasi dan dipergunakan lelaki.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud:
“Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan
Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya,
maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)
Mematuhi suruhan dan larangan suami dijadikan syarat oleh Allah
SWT pada yang terakhir dalam hadis tersebut untuk wanita menjejaki syurga.
Namun, Allah tidak menjadikan kewajipan itu semata-mata sia-sia kerana jaminan
syurga itu bersifat pelaburan. Syarat ke syurga tidak hanya diletakkan kepada
isteri, tetapi juga diletakkan kepada suami, sebagai bukti keadilan Allah SWT.
Lantaran itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud:
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku
adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku”. (Riwayat At-Tirmizi)
Tidak sekadar itu, Rasulullah dalam hadis lainnya menyebut:
“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik
akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik
melayani isterinya”. (Riwayat At-Tirmizi)
Subhanallah, itulah bukti keadilan Allah SWT agar kaun hawa tidak
ditindas oleh lelaki yang ego mengatakan dialah ketua yang harus ditaati
isterinya sedangkan dia melayani isteri dengan buruk.
Syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada isteri bersifat pelaburan kepada
suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk
memperingati isteri berkenaan syurganya, sebaliknya berfikirlah di mana
syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu.
Sudahkah kita melayani isteri kita sebaiknya dan memuliakannya sebagai
seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita? Jangan hanya mempersoalkan
hak-hak kita yang perlu dipenuhi isteri, sebaliknya tanyakan hak-hak isteri
yang masih belum kita sempurnakan dan tunaikan.
Tulisan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai sebuah
peringatan buat diri sendiri, andai nanti disaat terleka dan terlupa untuk
bertanya dan bermuhasabah di mana syurgaku di sisimu wahai isteriku yang
tercinta. Semoga aku mampu menjadi suami yang terbaik buat isteriku dan ayah
yang terbaik untuk anak-anakku.
Artikel
: Ustaz Mohamad Zaki Abd Halim
Tidak ada komentar:
Posting Komentar