PESAN GURU SEKUMPUL

PESAN GURU SEKUMPUL
Setiap manusia mempunyai salah dan setiap kesalahan perlu di perbaiki untuk menutupi kesalahan

Selasa, 29 Mei 2012

Adab dalam bertunang






Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.
Walaubagaimanapun disana terdapat tatasusila atau batas- batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab - adab bertunangan (ianya melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan)
Adapun adab-adab semasa bertunangan bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian :

1.Adab dalam bergaul
maksud pergaulan disini ialah pertemuan ,perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing .
1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh muhram (si perempuan ).seboleh -bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan
2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.
3 . perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.

#kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan .

2. Tempoh pertunangan
Pada hakikatnya islam menggalakan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada                       berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara- perkara yang tidak didugai dan ulamak sendiri tidak menetapkan tempoh     tertentu pertungan, cuma rata-rata ereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh. Dsini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:
1 . Dalam tempoh pertungan yang lama , dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa putusnya       hubungan pertungan dan kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasngan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah pasanga itu sendiri.
2 . Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu    pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya
3 . Di bimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadaka pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat dimani oleh Muhram.
4 . Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja.
5 . Dan banyak lagi yang mungki saudari boleh fikirkan sendiri.






Dari Ibnu Umar RA katanya, Nabi SAW bersabda: "Jangan kamu beli barang yang sedang ditawar oleh saudaramu; jangan kamu pinang wanita yang sedang dipinang saudaramu, melainkan apabila telah diizinkannya."
Huraian Hadith: 
1. Khitbah (Bahasa Arab) /'bertunang' (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu).
2. Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan dalam Islam. Hikmahnya adalah untuk memberi peluang berkenal-kenalan dengan pasangan masing-masing sebelum bernikah atau berkahwin.
3. Hukum khitbah adalah 'harus' tetapi mengikut Imam As-Syafie (sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah al-istihbab / sunat. . Dan Dr. Abd. Karim Zaidan (sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukumnya adalah sunat iaitu lebih  utama dari hukum harus tadi.
4. Khitbah adalah dilarang bagi seseorang wanita yang telah dipinang oleh orang lain. Begitu juga dilarang membeli barang yang sedang dalam urusan jual beli orang lain. Hal ini adalah untuk menjaga kehormatan dan mengelak daripada berlaku perebutan dan pergaduhan selain daripada menjaga keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.







Tidak ada komentar:

Posting Komentar