PESAN GURU SEKUMPUL

PESAN GURU SEKUMPUL
Setiap manusia mempunyai salah dan setiap kesalahan perlu di perbaiki untuk menutupi kesalahan

Minggu, 13 Mei 2012

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI


Sekarang ni ramai yang pakai cincin. Tapi ikut suka dia je. Sunnah nabi jarang nak ikut. Renungkan. Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untukkesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah. Percayalah. Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. Additional info Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilangwalaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek tahi hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

 Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
 1] jari manis
 2]  jari kelingking (anak jari) dan
 jangan memakai pada jari
 1] jari tengah
 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

 Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala  ((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

 Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun…
 Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”))

 RAHSIA POTONG KUKU

 RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:
 Barang siapa yang mengerat kukunya pada :
* Hari Sabtu      : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad      : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin       : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa    : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu      : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
* Hari Khamis   : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
 * Hari Jumaat   : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk             kepadanya rahmat dari pada Allah Taala
 Kuku adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Kerat kuku juga ada adabnya selain potong mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang di ajar. SeELOK-ELOKnya kite buang ke tanah kerana kita juga ada unsur TANAH. Kalau hendak buang kuku di tong sampah pun boleh tapi seelok-eloknya atau semolek-moleknya kita buang la pada tanah yang merupakan kejadian asal manusia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar