Makna dua kalimah syahada
ويجمع معانى هذه العقائد كلها قول لا إله إلا الله محمد رسول الله
Makna sekelian akidah ini berhimpun pada perkataan لا إله إلا الله محمد رسول الله (tiada tuhan melainkan الله dan Nabi Muhammad pesuruh الله).
Maksudnya tergulung didalam kalimah لا إله إلا الله dua puluh sifat yang wajib, dua puluh yang mustahil dan satu yang harus bagi تعالى الله dan terhimpun didalam kalimah محمد رسول الله empat sifat yang wajib, empat yang mustahil dan satu yang harus, maka sekelian dua kalimah syahada terhimpun lima puluh akaid iman.
Makna لا إله إلا الله
إذ معنى الألوهية إستغناء الإله عن كل ما سواه وافتقار كل ما عداه إليه
فمعنى لا إله إلا الله لا مستغنيا عن كل ما سواه ومفتقرا إليه كل ما عداه إلا الله
(Sebab apa terhimpun pada kalimah لا إله إلا الله dua puluh yang wajib dua puluhyang mustahil dan satu yang harus) kerana makna ketuhanan itu terkaya Tuhan dari tiap-tiap suatu selainNya dan berkehendak selain dari Tuhan kepadaNya maka makna لا إله إلا الله tiada yang kaya melainkan الله dan tiada berkehendak/berhajat tiap-tiap suatu melainkan kepadaNya.
Ketahuilah bahawa terjemahan kalimah لا إله إلا الله ialah tiada tuhan melainkan الله yang membawa maksud tiada tuhan yang layak/yang patut disembah melainkan الله maka kalimah لا yang menafi, kalimah إله yang dinafi (yang ditolak), kalimah إلاmengecualikan dan kalimah الله yang dikecualikan yakni yang terkeluar daripada nafi dengan itu apabila kita mengucap kalimah ini maka kita tidak mengakui yang disembah dengan sebenar pada hakikat melainkan الله .
Hasilnya pekara yang dinafi adalah salah satu dari dua pekara pertama menafi segala tuhan yang disembah dengan sebenar pada hakikat melainkan الله, kedua menafi pekara yang ada pada hati mukmin yang mengambarkan banyak yang disembah dengan sebenar maka salah satu dari dua ini yang dinafi kemudian dihukumkan ada اللهdan Dia lah tuhan yang sebenar.
Makna محمد رسول الله
وَيُؤْخَذُ مِنْهُ وُجُوبُ صِدْقِ الرُّسُلِ عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلامُ وَاسْتِحَالَةُ اْلكِذْبِ عَلَيْهِمْ وَإِلاَّ لَمْ يَكَونُوا
رُسُلاً أُمَنَاءَ لِمَوْلاَنَا اْلعَالِمِ بِاْلخَفِيَاتِ جلَّ وعزَّ وَاسْتِحَالَةُ فِعْلِ اْلمَنْهِيَاتِ كُلِّهَا ِلأَنَّهُمْ
أُرْسِلُوا لِيَعْلَمُوا النَّاسَ بِأَقْوَالِهِم وَأَفْعَالِهِمْ وَسُكُوتِهِمْ فَيَلْزَمُ أَنْ لاَ يَكُونَ فِى جَمِيعِهَا
مُخُالَفَةٌ ِلأَمْرِ مَوْلاَنَا جَلَّ وَعَزَّ الَّذِى اخْتَارَهُمْ عَلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ وآمِنَهُم عَلَى سِرِّ وَحْيِهِ
Difaham daripada محمد رسول الله wajib benar sekelian rasul dan mustahil mereka pendusta. Sekiranya mereka pendusta tidaklah mereka itu kepercayan Tuhan kita yang mengetahui dengan pekara yang tersembunyi lagi pula yang Maha Besar dan Maha Mulia. Mustahil mereka melakukan pekara yang ditegah kerana mereka diutuskan supaya mengajar manusia melalui percakapan, perbbuatan dan diam mereka, maka tidak didapati sekelian yang tersebut menyalahi suruhan Tuhan yang telah memilih mereka itu dikalangan sekelian makhluk dan تعالى الله mempercayai mereka atas rahsia wahyuNya.
وَلَعَلَّهَا ِلاخْتِصَارِهَا مَعَ اشْتِمَالِهَا عَلَى مَا ذَكَرْنَاهُ جَعَلَهَا الشَّرْعُ تَرْجُمَةً عَلَى مَا فِى اْلقَلْبِ مِنَ اْلإِسْلاَمِ
وَلَمْ يُقْبَلْ مِن أَحَدٍ اْلإِيْمَانُ إِلاَّ بِهَا
Mudah-mudahan kalimah syahada kerana rengkasnya serta melenkapi pekara yang kami sebut, dijadi oleh syarak terjemah barang di dalam hati iaitu islam. Tidak diterima dari seorang imannya melainkan dengan dua kalimah syadah.
فَعَلَى اْلعَاقِلِ أَنْ يُكْثِرَ مِنْ ذِكْرِهَا مُسْتَحْضِرًا لِمَا احْتَوَتْ عَلَيْهِ مِنْ عَقَائِدِ اْلإِيْمَانِ حَتَّى تَمْتَزِجَ مَعَ مَعْنَاهَا بِلَحْمِهِ وَدَمِهِ فَإِنَّهُ يُرَى لَهَا مِنَ اْلأَسْرَارِ وَاْلعَجَائِبِ إِنْ شَاءَ اللهُ تعالى لاَ يَدْخُلُ تَحْتَ حَصْرٍ
Maka orang yang berakal membanyak mereka itu menyebutnya serta menghadir di dalam hati pekara yang meliputi di dalam kalimah syahadah daripada simpulan iman sehinga bercampur maknanya dengan darah daging mereka itu; dengan itu mereka akan dapat melihat pekara yang ajaib (yang pelik) yang tidak terkira seperti karamah dan maunah إن شاء الله تعال
http://almalakawi.wordpress.com bersama http://ikhlas-hatisanubari.blogspot.com
http://almalakawi.wordpress.com bersama http://ikhlas-hatisanubari.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar