Perkara-Perkara Penting Ketika Melakukan Persetubuhan @ jima’
1.
Bertaubat dan Memohon Keampunan
Di malam pertama Islam
menganjurkan kepada pasangan suami isteri supaya membersihkan diri dari dosa
dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin. Oleh itu
mereka disarankan supaya memohon taubat kepada Allah sama ada dengan sembahyang
sunat taubat atau beristiqfar kepadanya.Diharapkan pertemuan buat kali
pertama,ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan baru yang dapat
mengabdikan diri kepada Allah.
2.
Amalan Semasa Masuk Bilik / Rumah
Semasa masuk rumah
atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :
اللــــــهُمَّ إنِي
أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ المَخْرَج بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله
خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا تَوَكَّلْنَا
Ertinya : “Wahai
Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik tempat masuk dan tempat keluar
ini. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada
Allah kami berserah.”
Dan dahulukan kaki
kanan apabila masuk bilik / rumah tersebut.
3.
Sembahyang Sunat di Bilik Tidur
Seterusnya apabila
suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang sunat
dua rakaat. Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas
dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :
اللــهم
بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا
جَمَعْتَ بِخَيْرٍ وَفرّق بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ
Ya Allah, berkatilah
bagiku di sisiku ahliku, dan berkatilah bagi mereka. Ya Allah, jadikanlah
pertemuan kami ini suatu pertemuan yang baik. Dan pisahkanlah kami, andainya
perpisahan itu sebagai kebaikan.
Ya Allah, berilah
rezeki kepada mereka daripada ku dan berilah rezeki kepada aku daripada mereka.
Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayangku bagi mereka. Dan jadikan kami
semua saling cinta mencintai.
4.
Beramah Mesra
Selepas itu si suami
hendaklah memusingkan badannya dan hadapkan mukanya tepat kepada isterinya dan
duduk bertindih peha seraya memberi salam kepadanya.
Ini adalah sebagai
mukaddimah untuk berbual mesra antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar
merasa gembira dan mesra.
5.
Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri
Selepas itu suami
hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun isterinya bertujuan
memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:-
اللــــــــــــــهم
إني اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير مَــــا جـــــبلتُهَـــــا
عَليْه وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا وشرمــا جبلتها عليــه
Ertinya : Ya Allah,
sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari sebaik baiknya barang ciptaan Kamu.
Dan aku berlindung dengan kamu daripada seburuk-buruknya dan seburuk-buruk yang
telah Kamu ciptakannya.
-
Bersedia dan dalam keadaan selesa
Suami isteri hendaklah
memastikan pasangan masing-masing dalam keadaan bersedia, tempat yang selesa
dan masa yang sesuai. Suami isteri juga hendaklah mengambil kira dan tidak
melakukanhubungan kelamin ketika pasangan berada dalam keadaan
berikut;
- Sedang sakit yang
memudaratkan
- Keletihan
- Kesedihan
- Kekenyangan (baru lepas makan) atau pun sedang kelaparan.
- Keletihan
- Kesedihan
- Kekenyangan (baru lepas makan) atau pun sedang kelaparan.
Ini untuk mengelakkan
dari pasangan merasa benci, kecewa, marah, sedih dan tertekan.
-
Lucut Pakaian Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh
Di antara
adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani isterinya
selagi isterinya belum melucutkan semua pakaiannya. Kedua-duanya hendaklah
berselimut di dalam satu kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya melucutkan
pakaian.
Tetapi janganlah
kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan kerana
kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi rasa malu. Adalah Rasul (s.a.w)
di waktu dia mendatangani isterinya, dia menutupi kepadanya.
Suaranya diperlahankan
dan dia berkata “bertenang”. Suami yang hendak mendatangani isterinya,
sepatutnya dia dan isterinya tertutup di dalam satu kain selimut. Tidak menjadi
soalan sama ada mereka menghadap Kiblat ataupun tidak. Beginilah tegasnya Al
Khatab.
-
Bercumbu cumbuan
Di antara sunnah Islam
ialah bercumbu cumbuan, bersuka ria dan bergurau senda dengan isteri terlebih
dahulu. Rasulullah s.a.w. pernah berjenaka atau bergurau senda dengan
isteri-isterinya. Beliau menyelami peringkat peringkat akal mereka dalam
pekerjaannya dan tingkah laku, sehingga al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada
meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya
`Aisyah menang satu hari dan Rasulullah s.a.w. menang beberapa hari, maka
baginda berkata : “Ini lawan itu” Saiyidina Omar, walaupun terkenal kasar
pernah berkata bahawa seseorang lelaki sebaiknya menjadi seperti seorang
kanak-kanak ketika berada di sisi keluarganya. Apabila mereka menuntut sesuatu
daripadanya, hendaklah dia menjadi seorang lelaki. Di dalam dua hadis sahih Bukhari
dan Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh Jariah bin Wahab al Khazai, bermaksud
:
“Apakah
kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah setiap orang yang keras,
megah dan angkuh”
Di dalam riwayat Abu
Daud : “Tidak masuk syurga orang yang megah dan angkuh”
Maksudnya orang yang
bersikap kasar terhadap ahli keluarganya dan angkuh dengan dirinya. Dalam hadis
Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir : “Kenapakah kamu
tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu dan kamu pula bermesra
dengannya”
Tetapi sederhana di
dalam beramah-mesra adalah baik seperti sederhana di dalam lain-lain hal juga.
Sunat dimulai dengan
menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan membaca `Bismillah’ kemudian membaca
surah Al-Ikhlas serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan tahlil. Kemudian
menyebut :
باسم
الله العلي العظيم اللهم اجعلنها ذرية طيبة إن كنت قدرت ان تخرج ذلك من صلبي
“Dengan nama Allah
Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar. Ya Allah, jadikanlah dia zuriat yang baik,
jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku”.
Dan baca doa terlebih
dahulu sebelum memulakan hubungan kelamin, bagi melindungi mereka
dan zuriat mereka dari gangguan syaitan. Doanya seperti berikut;
بسم
الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
Maksudnya: “Dengan
nama Allah, wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada syaitan dan hindarilah anak
yang Engkau anugerahi kepada kami daripada gangguan syaitan.”
Sabda Rasulullah
s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn
Abbas”
“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :
“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :
اللـــّــــــــهُمَّ
جَنِبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Erti maksudnya ialah;
“Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk
kami.“ Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu
oleh syaitan.
Beginilah doa yang
tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a.
daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :
لو
كان احدكم إذا أتي اهله قال باسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
Ertinya : “Jikalaulah
sesungguhnya siapapun daripada kamu hendak mendatangi isterinya,
dia berdoalah : “Dengan nama Allah. Ya Allah ! Jauhilah kami dari syaitan. Dan
jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.” Maka jika
dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh
syaitan buat selama-lamanya”. (Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Ulamak-ulamak fiqh
bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat
selama-lamanya.” Ada di antara mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu
hendak merosakkan akidah anak yang akan dilahirkan nanti. Ertinya syaitan tidak
boleh menggoda agama kanak-kanak ini, hingga dia menjadi kafir. Pendapat ini memberi
artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia. Yang mana dia telah
ditulis di masa dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak
di dalam keimanan. Golongan ulamak yang lain pula berpendapat, bahawa yang
dikehendaki dengan hadis tadi, iaitu dengan berkat doa ini, anak yang akan
dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.
Apabila hampir
mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan dua
bibirmu:
الحمد
لله الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسبا طهرا وكان ربك قديرا
“Segala pujian bagi
Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia jadikan manusia itu punya
keturunan dan musaharah (hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan seperti
menantu, ipar dan lain-lain). Tuhanmu Maha Berkuasa”
- Kemudian dia
mengelakkan diri dari mengadap qiblat. Dia tidak mengadap ke arah qiblat kerana
dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati qiblat.
- Kemudian apabila si
suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit
untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke puncaknya, kerana inzal atau
pancutan mani si isteri mungkin terlewat dan merbahaya kepada syahwatnya …
Kemudian jika terlalu
lambat mungkin menyakitkan isterinya pula. Ketidaksamaan di segi tabiat inzal
ini akan menimbulkan kegelisahan, sekalipun suami mendahului, isterinya,
sebaliknya persamaan masa inzal lebih melazatkan. Kalau suami berdiam diri
selepas inzal, mungkin isterinya malu walaupun dia (isteri) belum sampai ke
peringkat tersebut.
Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika
suami mampu berbuat demikian. Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan
isteri yang dibenarkan kahwin seramai empat orang. Boleh pula dikurangkan dari
kadar tersebut. Ya, sebenarnya boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kadar
keperluan dalam menjaga diri melalui perkahwinan, kerana menjaga diri melalui
perkahwinan itu menjadi kewajipan.
- Memberi penghargaan
– Suami isteri digalakkan mengucap syukur pada Allah S.w.t kerana diberi nikmat
dan kepuasan dalam melakukan hubungan kelamin. Suami isteri juga harus saling
berterima kasih kepada pasangan dengan ucapan, ciuman dan pelukan. Penghargaan
yang diberi akan menyuburkan kasih sayang dan meningkatkan kendiri (self
esteem).
- Bersederhana – Hubungan
kelamin @ jima’ yang baik ialah yang dilakukan dalam
keadaan sederhana mengikut keperluan dan kemampuan suami isteri sama ada dari
segi kekerapan ataupun teknik yang digunakan.
Suami isteri dilarang
melakukan hubungan kelamin yang boleh memudaratkan kesihatan
dan emosi seperti menyiksa dan memukul pasangan sebelum melakukan jima’.
Pasangan suami isteri dinasihatkan tidak menonton video lucah atau meniru aksi
yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan.
- Tidak menyebarkan
rahsia – Suami isteri haram menyebarkan rahsia hubungan kelamin kepada
orang lain walau dengan apa cara sekalipun.
Rasulullah S.a.w
bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi
Allah pada hari Kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada
isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan
rahsia itu.” (Hadith Riwayat Muslim)
Sebagai
kesimpulan lihatlah perkara-perkara seperti berikut :
A.
Sunat-sunat dalam melakukan Persetubuhan
1. Suci daripada hadas
kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air sembahyang.
2. Mandi dan memakai
wangi-wangian.
“Sesungguhnya
Allah itu baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan”. (Hadith Riwayat Tirmizi)
3. Memakai pakaian
yang mengghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu syawat (lelaki atau
perempuan).
4. Sunat
melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam
Khamis dan malam Isnin.
5. Sunat bersetubuh diwaktu
sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6. Sunat bersetubuh dengan
bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan
syawat seterusnya jika memperolehi anak, insyaAllah akan cerdik (berakal).
Kemesraan mesti ada, dan proses ini penting untuk mengurangkan kesakitan,
perasaan gemuruh, gementar, malu, takut dan rasa tertekan.
7. Sunat bersetubuh dalam
satu selimut dan di atas satu hamparan elakan daripada telanjangbogel tanpa
penutup kain.
8. Sunat membaca
bismillah dan doa sebelum dan sesudah bersetubuh.
9. Selesai bersetubuh sunat
disegerakan mandi junub jika tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu
sunat membasuh kemaluan dan mengambil air sembahyang (wuduk).
Imam Al-Ghazali
berkata : “Setengah ulamak menyatakan sunat bersetubuh pada hari Jumaat dan
Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah s.a.w.
bermaksud “Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri
(Pada hari Jumaat)”.
B.
Perkara Yang Makruh dalam Persetubuhan
1. Makruh jima’ pada
malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15) dan akhir tiap-tiap
bulan Islam.
2. Makruh jima’ di
bawah matahari atau bulan mengambang.
3. Makruh jima’
selepas solat zohor hingga ke petang.
4. Makruh lelaki
melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya boleh mewarisi
buta.
5. Makruh jima’ jika
dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang.
Ada pendapat yang
mengatakan : Bahawa makruh bersetubuh tiga malam dalam bulan
Islam, iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan malam pertengahan bulan.
Dikatakan bahawa kenyataan tersebut adalah mengikut pendapat Ali, Mu’awiah dan
Abu Hurairah.
Fatwa sahabat bukanlah
merupakan satu hujah syara’ yang diwajibkan mengikutinya, jika fatwa tersebut
tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Ini adalah pendapat jumhur
(kebanyakan) ulama.
Ada juga ulama’
berpendapat makruh bersetubuh pada malam pertama hari raya Aidl Fitri dan Aidil
Adha.
C.
Perkara yang haram dalam persetubuhan
1. Haram jima’ ketika
isteri haid, nifas dan wiladah. Jika bersetubuh pastikan putus
haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.
“Mereka bertanya
kepadamu tentang haidh, katakanlah: “Haidh itu adalah suatu kotoran”, oleh
sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh, dan
janganlah kamumendekati mereka, sebelum mereka suci, apabila mereka
telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah
kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai
orang-orang yang mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 222)
Dari Masruuq b.Ajda’i
berkata: “Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah tentang sesuatu yang boleh
dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.” ‘Aisyah menjawab,
Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh). (Riwayat Bukhari)
2. Haram jima’ melalui
jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri. “Terkutuklah orang yang
menyetubuhi isteri diduburnya.” (Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i dari
Abu Hurairah.)
3. Haram jima’ membawa
ayat-ayat Al-Quran nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti
azimat.
4. Haram jima’ dalam
masjid / surau.
5. Haram jima’ sedang
berpuasa di bulan Ramadhan.
6. Haram jima’ sedang
dalam ihram haji atau ihram umrah.
7. Haram jima’ di
tempat terbuka (tempat awam).
Tambahan
Boleh mendatangi dari
arah mana pun untuk bersetubuh, tidak kira depan, tepi atau
belakang, asalkan sasarannnya ialah lubang faraj, dan bukannya lubang dubur.
Dari Jabir b. Abdulah
berkata, bahawa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata, Apabila seseorang
menyetubuhi isterinya pada kemaluannya melalui belakang maka mata anaknya (yang
lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian:
“Isteri-isteri
kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang
kamu sukai”. (Surah Al Baqarah –
ayat 223)
Bersetubuh @ berjima’ dengan
isteri adalah satu ibadah dan mendapat pahala jika melakukannya. Rasulullah
s.a.w. bersabda: “…..dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat
pahala”.
Para sahabat bertanya:
Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam
melampiaskan syahwat?
Nabi menjawab:
“Bukankah kalau dia meletakkan (syahwatnya) di tempat yang haram dia
akan berdosa? Demikian pula kalau dia meletakkan (syahwatnya) pada jalan
yang halal maka dia mendapat pahala.” (Hadits Riwayat Muslim).
Dan jika mahu
mengulangi jima’ , hendaklah dibasuh dahulu zakar. Seperti
mana sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud, “Apabila di antara kamu
telah mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi persetubuhannya itu
maka hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu.” (Hadits
Riwayat Baihaqi)
والله أعلم
Rujukan
:
1.
http://www.unitagamakmb.com
2. JAKIM
2. JAKIM
Tidak ada komentar:
Posting Komentar